lagi beberapa hari sahaja bulan Ramadhan bakal menjelma,, maka dengan itu, dengan setulus hati dari saya,ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA.
semoga ramadhan kali ini membawa seribu makna dan semoga dipanjangkan usia untuk sampai ke ramadhan seterusnya. ameen.
aku insan biasa yg kerdil, jua boleh diumpakan sebagai lalang. bertiup dek arus angin. jika angin ke kiri..maka ke kiri lah daku.. jika ke kanan..maka ke kenan lah daku..
apabila aku melihat gambar2 itu di muka buku aku..mengenai reunion itu.. tersentuh hati aku. aku jua pernah seperti mereka suatu masa lalu.. tempat yg banyak mendekatkan aku dgnNYA. tempat yg xpernah aku letakkan jiwa pada mula nya.
kini, aku merindui detik2 itu. Masjid Qadisiyah. tempat ku dikala susah dan senang. tempat aku membawa diri ini dikala tersepit jua disitulah tempat aku mngadu segala-galanya. malah tempat aku menuntut ilmu. segala2 nya disitu.
beberapa tahun sepeninggalan aku dari tempat itu, aku kembali menjadi diri aku seperti sblm aku menjejakkan kaki ku disitu. semua nya menjadi serba x kena. sedikit demi sedikit, aku mula jauh. tidak melupakan cuma, keakraban denganNya kurasa seperti kurang.
mujur ada sahabat2 yg selalu mendampingi serta mengingatkan ku.. bertuah aku punya sahabat seperti mereka yg sudi mendidik diri ini kembali. terima kasih.
cuma dipandangan mata manusia yg lain, mereka xkan pernah mengetahui apa sebenarnya punca hal ini. aku berasa ingin memberontak apabila berhadapan dengan manusia yg cukup menyakitkan hati aku. (nmpak sgt aku x maafkan org tu)
belum tiba saat hati ini mau ikhlas memaafkan walaupun sedarah sedaging jua walaupun bukan sedarah sedaging.. (semoga terbuka suatu hari nanti) ameen.
Ya Allah, pimpinlah aku ke jalan-Mu. Dan kekal kan lah di jalan yang lurus. Amin ya rabbal a'lamien.
2 comments:
malu aii gambar zaman kanak2 hewhewhew~ haha..
nashihin comel. ;)
Post a Comment