assalamualaikum..
salam takziah ingin ku ucapkan kepada Muhammad Nazrin Bin Khamsani,20 diatas sekembalinya beliau ke rahmatullah. beliau adalah mangsa terakhir yg dijumpai ialah rakan seperjuangan aku semasa menuntut di Rawang Integrated Boarding School batch 05-09 jua merangkap KR Emerald 2009.
walaupun aku tidak akrab dengannya, tp pemergian nazrin@ajin amatlah dirasai..beliau adalah kawan yg baik. semasa beliau bercuti sebelum memulakan duty utk belayar, aku sempat berbual seketika dgnnya di laman muka buku. dan itu adalah utk terakhir kalinya.
berat mata memandang berat lagi bahu memikul. semoga keluarganya dikurniakan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini..lebih2 lagi kembali kepada Penciptanya didalam bulan mulia, Ramadhan. agak terkilan kerana tidak dapat menapnya buat kali terakhir. tidak mampu ku bayang bagaimanakah perasaan mereka yg lebih akrab dengannya..pemergian org yg disayangi.. semoga kalian tabah.
sebagai kawan, hanya al-fatihah mampu kutitipkan dari jauh.
mohon kepada mereka yg membaca post ini utk sedekahkan al-fatihah kepada Muhammad Nazrin Khamsani. semoha roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yg soleh. amin ya rabbal alamien.
http://www.bharian.com.my/articles/MangsaterakhirkapalMISCterbakarditemuidalamperutkapal/Article/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter
p/s : =(
No comments:
Post a Comment